jika anda ingin berjinak jinak dalam dunia hiking, tapi tak dapat support dari member ataupun tak ada kawan yang berpengalaman, anda boleh bermula dengan mengambil perkhidmatan guider ataupun join kelab kelab luar yang selalu buat open trip. Berbayar okay, bukan free haha but fees tu including guider, permit, ration, first aid, foods and etc. berbaloi!
1. RESEARCH
Mana nak cari info? boleh rain rajin scroll twitter @twt_hikingMY or godek godek la instagram tu search anything yang berkaitan dengan hiking, explore guna hashtag ke.
meh i tolong senaraikan beberapa kelab yang i familiar:
- huha hikes
- rentas adventure
- core adventure
- keramat outdoor
- txdn outdoor
- kita hiking
- bagak outdoor
- geng aura gunung
- outbound adventure crew
- national outdoor adventure
- kembarokai
- orang gunung kuala lumpur
dan banyak kelab lagi tau! and biasanya twitter @twt_hikingMY akan update/retweet jika ada kelab yang buat open trip.
2. BIJAK MEMILIH
Bukan shopping je, nak pergi hiking pun sama😛! contoh bayaran trip dari team a, RM40 manakala team b RM60 walhal nak pergi gunung yang sama je. so mana satu pilihan anda?
3. CHECKLIST CHECKLIST!
Rajin rajinkanlah membuat research di pakcik google and tanya orang yang berpengalaman (but i tanya pakcik google je haha). Pastikan barang barang yang asas jangan lupa, lebih lebih lagi jika awak bermalam dekat sana. jangan main redah saja okey💓
basic things:
- beg daypack
- tisu/tisu basah
- ponco/baju hujan
- wisel
- makanan bertenaga
- minuman bertenaga
- air mineral
- pakaian spare (letak dalam kereta)
- lighter
- headlamp and battery spare (wajib)
- pisau (jika perlu)
- teropong (jika perlu)
basic things:
- beg daypack
- tisu/tisu basah
- ponco/baju hujan
- wisel
- makanan bertenaga
- minuman bertenaga
- air mineral
- pakaian spare (letak dalam kereta)
- lighter
- headlamp and battery spare (wajib)
- pisau (jika perlu)
- teropong (jika perlu)
JANGAN LUPA BAWA MENTAL!
for camping;

p/s: ration macam stove and etc, team yang korang join tu yang sediakan so its okay tak perlu bawa.
4. NAK PERGI MACAMANA NI? TRANSPORT?
bila ikut kelab luar ni, basically akan ada meet point untuk semua berjumpa and ada pembahagian carpool ( tongtong minyak n tol) untuk bergerak secara convoy ke destinasi.
5. ALAMAK STRANGERS?
strangers, benda pertama yang akan berlegar dalam kepala anda bila join kelab luar. Jangan risau, biasanya hamba hamba yang berjiwa nature lover ni peramah orangnya😜 bagi salam tegur and senyumlah kenyit mata sikit haha! okay, biasanya akan ada pengenalan ringkas sebelum memulakan perjalanan. dari situ kita akan kenal antara satu sama lain (kenal nama pun okaylah tu huhu) and anda akan rasa bonding bila dah habis trip.
7. TIME TO SELFIE!
jaga keselamatan bila nak berselfie or shoot gambar yang lawa lawa. i know, bila posing dekat tebing tebing gunung/bukit tu lawa teruk weh but safety first okay?😘
. DSLR
- menjadi satu beban kalau bawa dslr ni sebab berat, tapi tapi tapi kalau menjadi satu kepuasan untuk anda mengambil photography dalam hutan tak menjadi masalah sebab everything in da jungle memang awesome! cuma jangan jadi macam i lah, cap lens dslr tertinggal weh jadi kenangan kat trek gunung angsi sana tu :'(
. GOPRO/ ACTION CAM
- kalau kalian ada action cam ni, maka bawalah bcs anda bolehlah buat video yang padu untuk para followers anda di instagram dan juga subscribbers di youtube tu! ops, i mean untuk rakam detik detik yang terindah sepanjang anda hiking la! lebih ringan dan juga lasak.
8. KUDAPAN
bawa makanan yang bertenaga seperti coklat dan air isotonik juga penting untuk mengembalikan garam dalam badan yang dah keluar. cth gatorade, 100 plus.
air mineral WAJIB, kalau berduit beli je waterbladder 2L, lebih mudah, dan mampat untuk dibawa.
makanan berat pula, biasanya team yang anda follow akan sediakan. termasuk dalam yuran pembayaran awal trip tu.
9. ALAM MISTIK
please, jangan jadikan alasan awak takut nak pergi hiking sebab kisah kisah seram tau🙏 yup, tak menafikan ada je kes pelik dan mistik yang berlaku dekat para hikers, namun kita jadikan pengajaran dan tauladan. kat mana mana pun, ada je semua mahluk Allah ni.
10. DOA
biasanya team leader or anyone dalam group akan guide bacaan doa before start hiking, masatu kita dah tawakal pada tuhan je sebab macam macam boleh berlaku bila masuk hutan ni jika kita pandang dari aspek keselamatan dan sebagainya. Yang penting, berdoa💓
11. ADAB
Jaga adab dan tingkah laku bila masuk hutan. rasanya semua dah matang kot untuk jaga diri masing masing kat tempat orang.
okay guys, have fun & goodluck! support member jika ada yang pewai ok💪


